Tentang Kami

PemanduPelancong.com ialah salah satu projek oleh DIY Business System, diwujudkan sebagai platform untuk menghimpunkan pemandu pelancong bagi memperkenalkan diri, mempamerkan kepakaran masing-masing, serta menghubungkan mereka dengan agensi pelancongan dan orang ramai.

Misi kami adalah untuk mengumpulkan semua pemandu pelancong dalam satu platform, supaya lebih mudah bagi pelancong dan agensi mencari pemandu yang sesuai dengan keperluan mereka. Buat masa ini, kami menawarkan senarai asas secara percuma kepada semua pemandu pelancong.

Kami juga mengalu-alukan penajaan daripada perniagaan berkaitan melalui kerjasama saling menguntungkan untuk menyokong pembangunan perkhidmatan ini.

Kami percaya inisiatif ini akan memberi manfaat kepada ramai. Jika anda merasakan platform kami berguna, sila kongsikan kepada rakan-rakan anda. Jangan lupa kunjungi kami selalu, dan kami amat mengalu-alukan cadangan anda bagi meningkatkan fungsi perkhidmatan kami.

📢 Suka laman ini? Kongsi dengan rakan anda! Bantu lebih ramai orang mengenali pemandupelancong.com dan berkembang bersama.

📲 WhatsApp 👍 Facebook
Scroll to Top